Perubahan Blog Askar Wataniah IPTKL

Posted in Uncategorized on September 16, 2008 by sukarela

Sebagai memudahkan proses penyampaian maklumat kepada seluruh anggota Askar Wataniah Institut Perguruan Teknik, pihak jawatan kuasa telah menukar alamat baru iaitu :

wataniahiptkl.wordpress.com    (sila klik)

Ini adalah sebagai satu usaha kepada seluruh  pengguna mengingati alamat blog dan juga lebih mudah dicari melalui enjin pencari maklumat..

Pengguna juga boleh terus klik di link yang telah diesidakan di kanan blog..

Sekian terima kasih,

Berkorban Demi Kecemerlangan

Gagah dan Setia

Peruban Tarikh Latihan Siri 23 dan Siri 24

Posted in Uncategorized on September 16, 2008 by sukarela

Maklumat Daripada Mejar Saberi Melalui Laman Web Rejimen 515 AW

1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat Berpuasa Untuk Pegawai Dan Anggota (Muslim) Sukarela Rej 515 AW.

2. Seperti mana Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedia maklum, Lat Tempatan yang terakhir pada tahun 2008 iaitu Siri 23 dan 24 dirancang (pada awalnya) pada 13 dan 14 Sep 08. Pada Latihan Tempatan tersebut, Rejimen merancang untuk melaksanakan Majlis Berbuka Puasa bersama bersama Warga Tetap Rej 515 AW dengan Peg dan Anggota Sukarela dan Pegawai-Pegawai Kanan MK 12 Bgd, Mk 4 Div, MKTD- BPS. Juga bersama-sama dengan Ahli-Ahli JKPAU Wilayah Persekutuan (Terutama YBhg Dato Bandar Kuala Lumpur).

3. Semua rancangan awal telah diatur. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa Pegawai Kanan JKPAU TIDAK dapat hadir pada tarikh tersebut diatas Komitmen Kerja. Justeru, Rejimen mengambil keputusan untuk menunda tarikh Latihan Tempatan Siri 23 dan 24 pada 20 dan 21 Sep 08.

4. Jadual Ringkas Latihan Tempatan adalah seperti berikut:

a. Lat. Tempatan Siri 23 (Pada 20 Sep 08)

(1) Jam 0900 – Anggota Sukarela melapor di Kem Jalan Ampang.
(2) Jam 0930 – Taklimat Latihan Tempatan Siri 23 dan 24.
(3) Jam 1000 – Membantu Persiapan Majlis Berbuka Puasa.
(4) Jam 1300 – Rehat dan Sembahyang Zuhur Berjemaah
(Makan Tengahari bagi Anggota bukan
Beragama Islam)
(5) Jam 1400 – Sambung persiapan Majlis Berbuka Puasa.
(6) Jam 1700 – Anggota bersurai (Bagi Lat. Temp Siri 23)
(Mana-Mana Anggota Sukarela yang hendak berbuka puasa di Kem dan Sembahyang Terawih berjemaah di Benarkan)

b. Lat. Tempatan Siri 24 (Pada 21 Sep 08)

(1) Jam 1000 – Anggota Sukarela melapor di Kem Jalan Ampang.
(2) Jam 1030 – Membantu Persiapan Majlis Berbuka Puasa.
(3) Jam 1300 – Rehat dan Sembahyang Zuhur Berjemaah
(Makan Tengahari bagi Anggota bukan
Beragama Islam)
(4) Jam 1400 – Sambung persiapan Majlis Berbuka Puasa.
(5) Jam 1900 – Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Terawih
serta More.
(6) Jam 2200 – Anggota bersurai (Bagi Lat. Temp Siri 24)

5. Segala pertanyaan dan masalah, sila berhubung dengan Bn Masing-masing dan Pej Latih

AW IPTKL : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51

Posted in Uncategorized on August 31, 2008 by sukarela


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke -51 diucapkan kepada selruh anggota  Angkatan Tentera Malaysia khusunya dan Rejimen Askar Wataniah amnya. Sudah 51 tahun kitaberjaya bebas daripada genggaman yang telah menjajah lebih 500 tahun. Hanya 1% daripada masa penjajahan telah kita tebus. Semiga dengan perpaduan di antara rakyat Malaysia mampu mempertahankan kemerdekaan selama-lamanya.

Sudah tentu tanggungjawab dan peranan Angkatan Tentera Malaysia tidak dapat disangkat dengan sentiasa bersiap siaga menghadapi segala ujian dan ancaman daripada musuh negara. Kita sudah banyak mencurahkan keringat demi negara, agama dan bangsa dan masih banyak lagi ruang memerlukan pegorbanan kita. Tidak usaha dan pengorbanan ibarat menyerah sebelum berjuang.

Semoga denngan adanya usaha yang kita usahakan seperti menubuhkan Pasukan Askar Watiah di Institut Perguruan Teknik mampu menerapkan semangat patriotisme dan cintakan negara serta mampu menguatkan lagi semangat dan kesungguhan rakyat Malaysia dalam mempertahankan negara yang kita sanjung dan cintai ini.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Berkorban Demi Kecemerlangan..

Kursus Asas Payung Terjun

Posted in Uncategorized on August 28, 2008 by sukarela

Makulmat Daripada Laman Web Rej 515

1. MK TD – BPS sedang mencari calon-calon bagi Kursus Asas Payung Terjun yang akan dijadualkan pada Okt 2008. Ianya terbuka kepada semua anggota sukarela Rej 515 AW.

2. Kepada Peg. / Anggota yang berminat, sila hantarkan permohonan anda kepada bn masing-masing dan salinan kepada Pej Latih.

Pergerakan Anggota AW IPTKL Ke Kem Tahunan

Posted in Uncategorized on August 28, 2008 by sukarela

Jawatankuasa Pasukan Askar Wataniah akan memberitahu proses pergerakan anggota ke Kem Tahunan dalam masa yang akan diberitahu kelak. Perbincangan akan dijalankan kerana pada masa tarikh Latihan Kem Tahuan yang dinyatakan oleh pihak rejimen iaitu pada 12 November 2008 merupakan masih lagi di dalam waktu kelas..

Maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa..

TARIKH BARU BAGI LATIHAN KEM TAHUNAN

Posted in Uncategorized on August 28, 2008 by sukarela

Maklumat Daripada Mejar Saberi Melalui Laman Web Rasmi Rej 515 AW

1. Satu mesyuarat bagi menetapkan Tarikh Lat Kem Tahunan telah diadakan pada 15 Ogos 2008 dan dihadiri oleh wakil IPTA/IPTS.

2. Dari maklum balas yang diterima, pada tarikh yang dirancang iaitu pada 11 – 25 Okt 08, didapati TIDAK SESUAI kerana pada masa tersebut semua IPTA/IPTS sedang menghadapi ujian akhir.

3. So, Tarikh baru yang dirancang adalah pada 12 – 26 Nov 2008. Pada masa ini, pelajar dari UIAM, IPT dan IPB sedang mula bercuti.

4. Di sini, saya perlukan maklum balas serta pandangan dari tuan-tuan dan puan-puan semua berhubung dengan tarikh Kem Tahunan 2008. Perkara yang terpenting yang perlu difikirkan adalah kehadiran seramai mungkin pada Latihan Kem Tahunan Tersebut.

5. Kem tahunan kali ini dirancang akan dilaksanakan di kawasan Kem Gemas, N.Sembilan dan semua anggota akan bergerak ke Kem Gemas dengan menggunakan Keretapi.

6. Mohon, beri maklum balas.

Proses Kemaskini Akan Dimulakan Semula..

Posted in Uncategorized on August 27, 2008 by sukarela

Asslamaualaum w.b.t. dan Selamat Sejahtera..

Pertama sekali, bagi pihak jawatankuasa Pasukan Askar Wataniah Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur ingin memohon maaf di atas masalah yang melibatkan proses kemaskini maklumat di dalam blog ini.  Sudah tentu ia sedikit sebanyak akan menyulitkan proses penyampaian maklumat di antara pihak Rejimen 515 AW Kem Jln Ampang dan anggota Pasukan Askar Wataniah Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur.

Insya-Allah dalam masa yang terdekat ini, pihak jawatankuasa akan cuba mengemaskini semula dan memastikan segala maklumat yang berkaitan Pasukan Askar Wataniah Institut Perguruan Teknik akan  dipamerkan segera.

Segala maklumat, gambar atau perbincangan diharap agar dapat diemelkan terus ke pihak jawatankuasa di alamat berikut :

sukarela_iptkl@yahoo.com

Kerjasama daripada pihak semua amatlah dialu-alukan

Gagah dan Setia..

Berkorban Demi Kecemerlangan..

Pemeriksaan Kesihatan Ditangguhkan

Posted in Uncategorized on April 23, 2008 by sukarela

Pemeriksaan Kesihatan bagi bakal anggota yang sepatutnya dijalankan pada 24 April ditangguhkan sehingga hari yang akan dimaklumkan kelak…

Kesulitan amat dikesali..

Terima Kasih

Pengisian Borang Perjanjian

Posted in Uncategorized on April 17, 2008 by sukarela

Sesi pengisisna borang perjanjian akan ditangguhkan seketika atas masalah-masalah yang telah dimaklumkan..

Tarikh selanjutnya akan diberitahu selewat-lewatnya hari Rabu ( 23 April 2008)

Sekian

Harap Maklum

Pemeriksaan Kesihatan Ditunda Ke 24 April 2008

Posted in Uncategorized on April 17, 2008 by sukarela

Pihak Rejimen terpaksa menunda pemeriksaan kesihatan bagi anggota baru di atas arahan daripada pihak hospital. Oleh itu tarikh bagi pemeriksaan kesihatan selanjutnya adalah seperti berikut:

Aktiviti : Pemeriksaan Kesihatan

Tarikh : 24 April 2008 ( Khamis)

Watu : Jam 0700 (sila berkumpul di guard post)

Pakaian : Kemeja-T putih dan seluar sukan.

Harap Maklum