Tentang Kami

           Pasukan Askar Wataniah Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada pertubuhan badan beruniform bukan ko-kurikulum di Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur dan merupakan salah satu cawangan Rejimen 515 Askar Wataniah Kem Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ditubuhkan secara rasminya pada 1 September 2007.

           Pasukan ini ditubuhkan adalah bagi mewujudkan satu komuniti yang mempunyai ketahanan metal dan fizikal yang tinggi serta mempunyai semangat juang yang tinggi bersesuaian dengan matlamat profesion perguruan yang sentiasa memrlukan pengorbanan yang tinggi mengharungi dunia penidikan yang semakin mencabar.  Selain itu, pasukan ini juga ditubuhkan sebagai salah satu peluang bagi mereka yang inginkan cabaran di dalam kehidupan mereka.

             Pada peringkat awal, hanya dianggotai seramai 11 orang dan didaftarkan sebagai Anggota Individu. Hasil daripada dorongan dan galakan Bekas Timbalan Pengarah Institut Perguruan Teknik (kini Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru), En  Abdul Halim bin Abdul Razak, maka pasukan askar wataniah ini ditubuhkan dengan didaftarkan secara kumpulan dengan nama baru “Pasukan Askar Wataniah Cawangan Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur”.Kumpulan anggota pertama terdiri daripada 86 orang dan kesemuanya telah disaring bagi memperolehi anggota yang sedia bersama pada sebilang masa dan di mana jua.

       Pensyarah Pembimbing yang pertama adalah Tuan Haji Saari , Ketua Unit dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Perguruan Teknik.  Dengan bantuan beliau dan seliaan En Abd Halim bin Abd Razak, seluruh tenaga kerja yang terlibat bertungkus-lumus merealisasikan impian En Abdul Halim Bin Abd Razak agar penubuhan Pasukan Askar Wataniah dapat dijalankan di seluruh Institut Perguruan di Malaysia berjaya dijalankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: