Peruban Tarikh Latihan Siri 23 dan Siri 24

Maklumat Daripada Mejar Saberi Melalui Laman Web Rejimen 515 AW

1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat Berpuasa Untuk Pegawai Dan Anggota (Muslim) Sukarela Rej 515 AW.

2. Seperti mana Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedia maklum, Lat Tempatan yang terakhir pada tahun 2008 iaitu Siri 23 dan 24 dirancang (pada awalnya) pada 13 dan 14 Sep 08. Pada Latihan Tempatan tersebut, Rejimen merancang untuk melaksanakan Majlis Berbuka Puasa bersama bersama Warga Tetap Rej 515 AW dengan Peg dan Anggota Sukarela dan Pegawai-Pegawai Kanan MK 12 Bgd, Mk 4 Div, MKTD- BPS. Juga bersama-sama dengan Ahli-Ahli JKPAU Wilayah Persekutuan (Terutama YBhg Dato Bandar Kuala Lumpur).

3. Semua rancangan awal telah diatur. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa Pegawai Kanan JKPAU TIDAK dapat hadir pada tarikh tersebut diatas Komitmen Kerja. Justeru, Rejimen mengambil keputusan untuk menunda tarikh Latihan Tempatan Siri 23 dan 24 pada 20 dan 21 Sep 08.

4. Jadual Ringkas Latihan Tempatan adalah seperti berikut:

a. Lat. Tempatan Siri 23 (Pada 20 Sep 08)

(1) Jam 0900 – Anggota Sukarela melapor di Kem Jalan Ampang.
(2) Jam 0930 – Taklimat Latihan Tempatan Siri 23 dan 24.
(3) Jam 1000 – Membantu Persiapan Majlis Berbuka Puasa.
(4) Jam 1300 – Rehat dan Sembahyang Zuhur Berjemaah
(Makan Tengahari bagi Anggota bukan
Beragama Islam)
(5) Jam 1400 – Sambung persiapan Majlis Berbuka Puasa.
(6) Jam 1700 – Anggota bersurai (Bagi Lat. Temp Siri 23)
(Mana-Mana Anggota Sukarela yang hendak berbuka puasa di Kem dan Sembahyang Terawih berjemaah di Benarkan)

b. Lat. Tempatan Siri 24 (Pada 21 Sep 08)

(1) Jam 1000 – Anggota Sukarela melapor di Kem Jalan Ampang.
(2) Jam 1030 – Membantu Persiapan Majlis Berbuka Puasa.
(3) Jam 1300 – Rehat dan Sembahyang Zuhur Berjemaah
(Makan Tengahari bagi Anggota bukan
Beragama Islam)
(4) Jam 1400 – Sambung persiapan Majlis Berbuka Puasa.
(5) Jam 1900 – Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Terawih
serta More.
(6) Jam 2200 – Anggota bersurai (Bagi Lat. Temp Siri 24)

5. Segala pertanyaan dan masalah, sila berhubung dengan Bn Masing-masing dan Pej Latih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: