TARIKH BARU BAGI LATIHAN KEM TAHUNAN
Maklumat Daripada Mejar Saberi Melalui Laman Web Rasmi Rej 515 AW
1. Satu mesyuarat bagi menetapkan Tarikh Lat Kem Tahunan telah diadakan pada 15 Ogos 2008 dan dihadiri oleh wakil IPTA/IPTS.
2. Dari maklum balas yang diterima, pada tarikh yang dirancang iaitu pada 11 – 25 Okt 08, didapati TIDAK SESUAI kerana pada masa tersebut semua IPTA/IPTS sedang menghadapi ujian akhir.
3. So, Tarikh baru yang dirancang adalah pada 12 – 26 Nov 2008. Pada masa ini, pelajar dari UIAM, IPT dan IPB sedang mula bercuti.
4. Di sini, saya perlukan maklum balas serta pandangan dari tuan-tuan dan puan-puan semua berhubung dengan tarikh Kem Tahunan 2008. Perkara yang terpenting yang perlu difikirkan adalah kehadiran seramai mungkin pada Latihan Kem Tahunan Tersebut.
5. Kem tahunan kali ini dirancang akan dilaksanakan di kawasan Kem Gemas, N.Sembilan dan semua anggota akan bergerak ke Kem Gemas dengan menggunakan Keretapi.
6. Mohon, beri maklum balas.
