Archive for March, 2008

Pemeriksaan Kesihatan

Posted in Uncategorized on March 29, 2008 by sukarela

Satu pemeriksaan kesihatan ke atas anggota baru akan dijalanakan pada 2 dan 3 April 2008 (Rabu dan Khamis). Setiap sesi akan dijalankan pada jam 1.00 tgh hari.. Senarai giliran akan dimaklumkan..

Gagah dan Setia

Berkorban Demi Kecemerlangan

Terima Kasih..

Tiada Latihan Tempatan Pada 29 dan 30 Mac 2008

Posted in Uncategorized on March 26, 2008 by sukarela

Untuk makluman semua anggota, tiada Latihan Tempatan akan dijalankan pada 29 dan 30 Mac 2008. Oleh itu, Latiham Tempatan akan dijalankan pada 5 dan 6 April 2008. Sebarang makluman akan dibertahu dari semasa ke semasa.

Surat Pengesahan Penyertaan Kursus Asas Perajurit Muda IPTKL

Posted in Uncategorized on March 25, 2008 by sukarela

Merujuk kepada di atas, Rejimen 515 AW Jalan Ampang, ,akan menjalankan  sesi Kursus Asas Perajurit Muda Pasukan Askar Wataniah Cawangan Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur pada tarikh seperti berikut:

 

                        Tarikh              :           24 Mei 2008 hingga 23 Jun 2008

                        Tempat             :           Institut Perguruan Teknik,

                                                                Jalan Yaacob Latiff,

                                                                6000 Kuala Lumpur

 

2. Merujuk kepada APPENDIX B AFGI 36 OF 1960 (SIJIL YANG DITANDATANGANI OLEH REKRUT KETIKA HENDAK MEMSUKI ANGKATAN BERSENJATA ATAU PEKERJA AWAM PADA PERKHIDMATANNNYA YANG PERTAMA (BAHAGIAN ANGKATAN BERSENJATA)) , pihak tuan diminta untuk memberi pengesahan penyertaan kepada pihak cawangan ini dengan memulangkan semula Lembaran 1 kepada Ketua Cawangan Latih Rejimen 515 AW melalui pasukan cawangan.

 

3     Lembaran 1 hendaklah dipulangkan semula sebelum tarikh 28 Mac 2008.   

 

4.    Makluman daripada pihak tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

 

“GAGAH DAN SETIA”

“BERKORBAN DEMI KECEMERLANGAN”

 

Yang Benar,

(MUHAMMAD RIDZUAN BIN JAMHARI)

Pengerusi,

Pasukan Askar Wataniah,

Cawangan Institut Perguruan Teknik.

Elaun Latihan Tempatan Januari dan Februari (RM120)

Posted in Uncategorized on March 15, 2008 by sukarela

Ealun Latihan Tempatan telah dimasukkan ke setiap akaun anggota yang menyertai latihan sebanyak 3 kali sebanyak RM120.00.. Sebarang masalah kemasukan elaun boleh hubungi Mohd. Afiq bin Imam : 019-4373604 atau Muhammad Ridzuan Bin Jamhari :012-7391464

Sekian, terima kasih.

Gagah dan Setia..

Berkorban Demi Kecemerlangan. .

Sukarela de friendster.com

Posted in Uncategorized on March 13, 2008 by sukarela

Jika anda ingin meramaikan lagi rakan-rakan anda, anda boleh addkan kami di friendster dengan alamat emel sukarela_iptkl@yahoo.com 

      Sama-samalah kita bersatu dengan Gagah dan Setia..!!

Hantarkan Gambar-gambar Koleksi Anda

Posted in Gambar on March 13, 2008 by sukarela

Anda mempunyai gambar-gambar latihan ?

Sila hantarkan seberapa banyak yang anda inginkan agar dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain…

Sila hantarkan ke sukarela_iptkl@yahoo.com atau ada boleh share di friendster.com

Assalamualaikum & Selamat Datang

Posted in Uncategorized on March 13, 2008 by sukarela

Asslamualaikum dan Selamat Datang kepada seluruh pengunjung blog ini. Untuk makluman semua pihak yang terlibat, penubuhan blog ini adalah sebagai satu medium perhubungan bagi seluruh anggota Pasukan Askar Wataniah Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Bagi permulaan ini, blog ini akan dikemaskini pada sebilang waktu bagi menyampaikan maklumat tentang sesi Latihan Tempatan dan juga aktiviti-aktiviti lain yang akan ataupun sudah dijalankan.

Sebarang maklum balas boleh diemelkan terus ke sukarela_iptkl@yahoo.com atau menerusi ruang komen yang disediakan.

Hello world!

Posted in Uncategorized on March 13, 2008 by sukarela

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!